Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit – Eina Azman

Sebelum ini, tular di media sosial derita dua beradik
menghidap penyakit kulit (ekzema). Kisah yang menimpa keluarga ini berjaya
menarik perhatian ramai netizen termasuk pelakon Datin Eina
Azman.
Terbaru, menerusi Berita Harian, Datin Eina Azman membantu keluarga ini
bertemu pakar kulit untuk memberi rawatan sewajarnya.
Ada anak dua orang

Salam guys… alhamdullilah harini eina n husband
berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yun88 … di atas permintaan
ramai yang minta eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi eina bawa
kak nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di
sebuah klinik swasta di Subang Jaya. Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela
Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah
Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga.
Sedih tengok anak nangis

Insyallah di beri rezeki yang lebih eina n suami akan
menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga kak nurul sehingga pulih
insyallah?? eina terdetik nak tlg keluarga kak nurul sbb eina fikir eina pun
ada anak kecil @aubreykarl .
Kalau aubreykarl sakit sikit pun eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul??
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ?? sedih sgt eina hubby tgk anak2
kak nurul tadi menangis sebab tahan sakit ??? Orang ramai semua yang nak bantu
meringankan beban keluarga kak nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi
akaun maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah…
Bawa bertemu pakar kulit

Alhamdulillah, atas persetujuan ibu mereka, saya dapat
membawa mereka bertemu pakar kulit di sebuah klinik swasta untuk pemeriksaan
lanjut.
Doktor memaklumkan, mereka berpeluang untuk pulih, namun
memakan sedikit masa. Kami juga bersedia menghulurkan bantuan setiap bulan bagi
meringankan beban keluarga itu.
Menurut Eina, ibu kepada kanak-kanak itu bersetuju untuk
bertemu dengan pakar kulit selepas beliau memuat naik luahannya di laman
Instagram miliknya. Pelakon itu turut mengatakan rasa hatinya yang
tersentuh apabila mendapat tahu mengenai penderitaan yang ditanggung kedua
adik-beradik itu Lela Safiya Azmi dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi.
Selepas persetujuan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet
Abdullah, mereka sepakat membawa dua kanak-kanak itu dan ibu mereka
mendapatkan rawatan dengan pakar kulit.
Ibu turut menghidap ekzema

Sebagai ibu yang mempunyai sepasang anak yang sedang
membesar, saya sebak melihat penderitaan dua beradik itu. Tidak dapat saya
bayangkan sekiranya saya berada dalam situasi mereka. Itu yang menggerakkan
hati saya untuk membantu keluarga ini.
Saya difahamkan, ibu kanak-kanak itu turut menghidap ekzema
sejak remaja, selain penglihatannya kurang jelas.
Menurutnya lagi, dia setuju untuk membantu keluarga itu
kerana membayangkan situasi yang dihadapinya sekiranya dia berada di tempat ibu
itu.
Sedih apabila dimaklumkan, mereka sering dipandang rendah,
malah dua beradik itu juga sukar tidur malam kerana tidak selesa dan pedih
dengan keadaan kulit mereka.
Eina juga berharap, usaha murninya itu dapat menarik lebih
ramai anggota masyarakat untuk sama-sama membantu meringankan beban keluarga
terbabit.
Sumber : Berita Harian
0 Response to "Sedih Tengok Anak-Anak Kak Nurul Menangis Tahan Sakit – Eina Azman"
Posting Komentar